BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 25, 2009

Cupcake oh cupcake......


Cupcake yang dah siap dideco




Cupcake untuk majlis perkahwinan yang dah siap dipek

Aku volunteer nak tolong Kak Ct untuk siapkan order cupcake sebanyak 3600 biji untuk majlis perkahwinan customer barunya.... Apply 2 hari cuti.... punyalah terujanya..... aku dibantu 2 lagi kawan merangkap student Kak Ct yang peramah lagi brutal..... Awal pagi, aku terima call dari Kak Ct, berita sedih disampaikan, bapa mertua tercinta telah menyahut seruan ilahi.... Kak Ct bingung, tak tahu nak buat camne..... dia terpaksa subkan 1000 cupcake kepada rakannya..... Tapi kerana simpati bercampur semangat nak deco cupcake aku terus ke rumaknya jam 8.30 pg.. pergh..... banyaknya cupcake...... Kak Ct, balik kampung ziarah, tinggallah kita 3 org kat umah dia utk siapkan cupcake yg ada..... tapi Kak ct ada masakkan soto utk makan tengahari... so ari tu buat macam umah sendiri lah...janji ngan hubby nak balik kul 5, tapi gara-gara target cupcake yang nak disiapkan masih banyak, kul 6.15ptg baru kitaorang blah.... sambung esok pagi...... Hari kedua, cukup menguji kesabaranku..... seharian duk frosting cupcake.... macam nak termuntahlah pulak, sampaikan biji mata jadi bler sekejap...... tapi dapat jugak siapkan 2000 biji cupcake, yg lain Kak Ct buat ngan anak-anaknya.....

Kelas Asas Membuat Chocolate








Chocolate yang aku hasilkan.....

Dah lama aku mengidam nak belajar buat chocolate sendiri, akhirnya tercapai jugak hasrat dihati..... Terima kasih banyak2 kat Leen kerana sudi mangajar. Walaupun dalam situasi yang agak kelam kalibut, aku tetap dapat menghabiskan kelas tersebut. Alkisahnya, sebelum aku tetapkan nak belajar kelas chocolate ni, aku dah register kat C.Siang, nak masuk kelas Wilton, nak dijadikan cerita, kedua-dua kelas berlangsung serentak (Sabtu), so apalagi, terpaksalah ubah plan, kelas chocolate dipercepatkan dari jam 9.00 pagi ke 8.00 pagi sebab nak bagi laluan kat kelas Wilton yang akan berlangsung kul 2.30 ptg. Bler aku dibuatnya.... kesian Leen.... terpaksa terima 'tetamu' diawal pagi. Lepas zuhur kelas chocolate abis, aku bergegas pulak ke Wilton Course, sampaikan makan tengahari hanya goreng pisang dengan air milo kotak je..... ishk.... tragisnya, gara-gara nak menuntut ilmu, terpaksa berkorban....... Tapi banyak perkara aku dapat hasil dari 'peristiwa' nie.... salah satunya aku dapat belajar jenis-jenis chocolate yang tulin dan sebaliknya.....

Mini Muffin Chocolate Chip




Mini Muffin Chocolate Chip

Project Aqilah (anak sulongku) sempena Hari Usahawan di SKTMR untuk kelas 5 Diamond. Sebanyak 120 biji mini muffin chocolate chip telah dibawa ke sekolah untuk dibungkus serta diedarkan kepada murid-murid yang telah menghantar pesanan awal sebelum ini.... Cayalah Aqilah... ikut jejak mama ke atau ayah ya...... kecik-kecik dah pandai meniaga... tapi aku buat lebih sikit untuk adik-adiknya yg lain termasuklah untuk mamanya hehehe... makin gemuklah aku lepas nie....

Wilton Course 1 (Hari Ketiga)



Inilah Hasil Kreatif Mendeco CupCake Yg Comei


Patung Badut Tengah Duduk Rehat Lepas Show....


Rainbow lagik..... tapi kali ni ada LOVE

Malam ni aku belajar buat deco kat atas cupcake pulak. Comei nya badut ni, hanya buat satu je untuk Amir, adik dia takyahlah, kecik lagi, nanti abih sememeh cream kat mulut n muka dia. Aku rasa deco kat cupcake lagi senang daripada deco kat atas kek besar.... satu-satunya problem aku ialah bab frosting kek, fail abis.... camne tak nak kasik dia licin macam kat kedai.... lagi lama aku duk frosting kek tu .... makin cair cream yg aku gunakan pergh...... at last, pada Kak Ct lah tempat aku rujuk..... Cayang kat akak, nanti Mona belanja makan cupcake ok hehehe.....

Wilton Course 1 (Hari Kedua)


Deco kek aku yang pertama... ahak.... rainbow lagi you.... oleh kerana kek tu hanya satu, so aku bubuh nama aku jelah... Terkial-kial dan tergigil-gigil tangan nak deco kek nie, sampai cream kat tangan cair dibuatnya. Walau bagaimana pun aku berjaya menyiapkan sebiji kek siap deco lagi..... Cayo..... Masa balik umah, ati berbunga-bunga sebab anak-anak masih tak tidur lagi termasuklah si kecik, tunggu mama nya pulang bawak kek.... hanya tengok je tau..., esok boleh bawak kat Taska, dah malam, tak leh makan benda manis-manis, nanti gigi rosak hehehe,..... pandainya mama dia kelentong.....

Wilton Course 1 (Hari Pertama)




Hari suai kenal dengan pelajar lain. Kelas berlangsung hari Sabtu petang (2.30) di C.Siang. Masing-masing dengan penuh semangat, duduk khusuk mendengar penerangan serta pengenalan asas pembuatan deco kek menggunakan barangan Wilton. Oleh kerana tools Wilton yang dibekalkan kepada setiap pelajar tidak mencukupi (stok tak sampai), aku terpaksa berkongsi dengan pelajar lain, tapi ari ni hanya ditunjukkan serba sedikit cara pembuatan buttercream dan deco kek oleh sifu (Pn. Norizan). Fuhhhh... macam senang je nak buat deco ni, tapi aku ni boleh ke nak mengkreatifkan deco kek ni.... macam tak jadi je.... tapi kerana minat serta semangat yg berkobar-kobar, aku teruskan jugak... nak tunjukkan pada hubby, aku pun boleh deco kek... Cantik tak kek ni......

Tuesday, November 17, 2009

WILTON COURSE 1


Bergambar kenangan bersama Pn Norizan serta pelajar kursus Wilton 1

Lega rasanya dapat abiskan course yg pertama, banyak betul pengalaman yg ku timba, maklum jelah bab deco kek ni, zero.... tapi bab buat bunga rose masih lagi tak menjadi...... Walau bagaimana pun terima kasih bebanyak kpd rakan2 dan Pn Norizan (Sifu) yg banyak membantu dari segi sokongan moral dan semangat.... cayalah.... semoga sukses dan jumpa lagi di Wilton course yg ke 2.....  Dalam banyak2 deco kek kat gambar tu, kek yg paling rendah tulah kek aku urgh..... baru belajar baking kek cmc dari Kak Ct, terbantut lah pulak kek ini...... Layan jelah, lagi pun aku dah dapat sijil.....