BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Kek Coklat Kukus. Show all posts
Showing posts with label Kek Coklat Kukus. Show all posts

Friday, December 4, 2009

Order dari teman sepejabat


Panas...panas....baru angkat dari oven....
 

Mini Muffin Chocolate Chip

Cantiknya Si Ezza menyusun tempahan.....
 

Muffin Hantaran, Kek Coklat Kukus, Kek Pisang
& Mini Muffin Chocolate Chip
 

Muffin dan Kek Pisang yang dah siap dipacking

Inilah antara order yang ku terima dari teman sepejabat untuk dibawa pulang ke kampung selain dari dijadikan sebagai cenderahati kepada sanak dan saudara sempena hari raya korban yang lalu.... Penat... tak usah dicakap, tapi hati rasa puas kerana akhirnya dapat jugak aku siapkan semua order walaupun terpaksa korbankan waktu tidur...... Aku tak keseorangan masa nak siapkan order ni.... anak-anak terasa teruja bila aku mula membaking.... rajin sungguh anak2 mama ni, dari mula aku membancuh adunan hinggalah ke packing... habuannya... esok, mama belanja makan McD....




Wednesday, December 2, 2009

Kek Coklat Kukus


Kek Coklat Kukus, Topping Coklat Ganache & Coklat Rice


Kek Coklat Kukus yang dah siap untuk di packing

Terima tempahan dari rakan sekerja untuk dibawa balik ke kampung sebagai juadah di pagi hari raya korban. Buat 2 adunan, satu utk aku bawa balik untuk ibu mertuaku. Tapi nak dijadikan cerita, kelab kalibut punya pasal masa nak berkemas balik kampung di Kota, kek yang ku simpan di dalam peti sejuk terlupa nak dibawa. Agaknya dah rezeki bebudak opis and taska, kenyang diorang makan. So layan jelah gambar ni zazzzzz....