BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 25, 2009

Bitrhday Cake for Aina


3kg cmc with full topping ganache chocolate


Birthday Cake for Aina

"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Aina Karmila, Allah selamatkan kamu......" Semoga dipanjang umur serta menjadi anak yang solehah serta berjaya dalam hidup..... Hari Jadi Aina anak kepada Teacher Nor sebenarnya jatuh pada hari Ahad, tapi sebab ada majlis pada hari sebelumnya (Sabtu) so disambut awal sehari.... so para hadirin (mak bapak) pun dapatlah rasa....Thanks Teacher Nor, lain kali boleh order lagi

Brownies




Brownies

Terima tempahan brownies 3 papan daripada Teacher Noorazimah (Pengurus Tadika Mutiara Afdhal) sempena majlis konvo tadika anak bujangku Amir di UTM Sabtu lalu (21/11/2009), Majlis berlangsung dengan meriahnya dengan penyampaian sijil, hadiah sukaneka serta persembahan dari anak-anak taska yang kiut-miut..... hanya 2 papan je dihidangkan semasa jamuan, sepapan lagi Kak Nor bawak balik untuk keluarga kat rumahnya.

Wedding Cake Rosaini


Cupcake with deco rose


Cupcake dah siap untuk dipek


Kek Perkahwinan CMC Rose




3-tiers wedding cake for Rosaini Ahamad at Batu Pahat, Johor

Kek deco pertamaku untuk majlis persandingan teman karib yang baru melangsungkan perkahwinannya Ahad lepas. Aku teruja nak buat sendiri deco kek untuk dijadikan hadiah perkahwinannya. Tapi aku dibantu oleh Sifu (Kak Ct) untuk steam buttercream serta idea untuk decoration kek nie.... Dalam hujan, kuredah jua demi untuk menyiapkannya. Cayo3... dapat jugak aku merealisasikan impian aku serta teman (Rose) untuk membuat wedding cake. Walaupun terpaksa korbankan sedikit duit, masa dan cuti tapi berbaloi-baloi. Rasa megah dan terharu masa menghadiri majlis beliau di Batu Pahat. Mana taknye, kek yang ku deco bakal ditonton serta dijamah oleh tetamu rapat yang hadir.... muah caya sekali lagi pada Kak Ct, Nanti Mona buatkan kek 3 tingkat untuk akak ya... siap ada gambar lagik hehehe..... so layan jelah gambar-gambar ni...zazzzzz

Mini MuffinChocolate Chip Again





Terima tempahan dari Cikgu Shima, guru SKTMRuntuk majlis persandingan anak saudara sebanyak 120 biji, Idah n Salwa (teman sekerja yg brutal) 10 biji setiap seorang 30 biji untuk Taska Amir, 10 biji untuk Ezza n 10 biji lagi untuk Aqilah

Wilton Course 2


Deco kek bakul yg sarat dgn bunga


Deretan deco kek bakul peserta kursus


Terima sijil Wilton Course 2 dari Sifu Pn Norizan


Bergambar kenangan dengan semua peserta Wilton Course 2

Dalam course kali ni, banyak jenis bunga yang aku belajar, serta teknik membuat royal icing dengan menggunakan barangan wilton. Oleh kerana tangan ni memang tak berseni, agak lambat jugak lah nak pick-up cara-cara untuk membuat bunga-bungaan terutama sekali bunga rose.....tapi memang berbaloi-baloi..... sekarang ni , aku dah boleh buat bunga royal icing sendiri, walaupun tak seberapa cantik dan kemas, tapi kira oklah...... balik dari kelas, terus tunjuk pada anak-anak n hubby hasil deconya.... fuh bangganya bila dapat pujian dari anak-anak, tapi hubby hanya senyum je.... Esok hari untuk 'katamkan' kek kat Taska Amir, kenyanglah bebudak n teacher taska, kwang3, memang tempat tu lah jadik sasaran aku utk bab-bab rasa selain dari budak-budak opis, jangan salah mak ya kalau gemuk.......

Almond Shortbread Cookies


Almond Shortbread Cookies

Terima tempahan dari rakan baik setaman yang akan terbang ke Arab untuk menziarahi anakanda tercinta yang sedang belajar di sana.... Kak Intan menempah 4 jenis biskut raya (Almond Shortbread, Almond London, Blueberry Tart & Red Mushroom). Fuhyo.... biskut-biskutku dah ke negeri Pak Arab lah..... aku bila lagik..... nanti pasti ada rezeki aku akan jejakkan kaki ke sana......

Majlis Jamuan Akhir Tahun Aqilah n Ezza




Cupcake Ezza sebanyak 40 biji


Cupcake Aqilah sebanyak 35 biji


2kg chocolate moist cake buttercream untuk kelas 5 Diamond

Hujung minggu ni aku betul-betul sibuk dengan order dari anak daraku yang dua orang nie. Mentang-mentanglah mamanya dah boleh buat kek,.... Tapi yang pasti setiap kali abis deco, tak kiralah cupcake ataupun kek, aku mintak cik hubby beri komen.... ahak..... ni statementnya 'nape awak punya frosting lain macam je yang.... so far yang lain kira oklah, cupcake ni ada lebih ke?.... takkan lah suruh tengok je, kurang-kurang kene rasa jugak......' Apa-apa pun aku berjayaaaaaa siapkan kek ni......, rupa kureng, tapi rasa tetap maintainnnn... Cayo2......

Cupcake oh cupcake......


Cupcake yang dah siap dideco




Cupcake untuk majlis perkahwinan yang dah siap dipek

Aku volunteer nak tolong Kak Ct untuk siapkan order cupcake sebanyak 3600 biji untuk majlis perkahwinan customer barunya.... Apply 2 hari cuti.... punyalah terujanya..... aku dibantu 2 lagi kawan merangkap student Kak Ct yang peramah lagi brutal..... Awal pagi, aku terima call dari Kak Ct, berita sedih disampaikan, bapa mertua tercinta telah menyahut seruan ilahi.... Kak Ct bingung, tak tahu nak buat camne..... dia terpaksa subkan 1000 cupcake kepada rakannya..... Tapi kerana simpati bercampur semangat nak deco cupcake aku terus ke rumaknya jam 8.30 pg.. pergh..... banyaknya cupcake...... Kak Ct, balik kampung ziarah, tinggallah kita 3 org kat umah dia utk siapkan cupcake yg ada..... tapi Kak ct ada masakkan soto utk makan tengahari... so ari tu buat macam umah sendiri lah...janji ngan hubby nak balik kul 5, tapi gara-gara target cupcake yang nak disiapkan masih banyak, kul 6.15ptg baru kitaorang blah.... sambung esok pagi...... Hari kedua, cukup menguji kesabaranku..... seharian duk frosting cupcake.... macam nak termuntahlah pulak, sampaikan biji mata jadi bler sekejap...... tapi dapat jugak siapkan 2000 biji cupcake, yg lain Kak Ct buat ngan anak-anaknya.....

Kelas Asas Membuat Chocolate








Chocolate yang aku hasilkan.....

Dah lama aku mengidam nak belajar buat chocolate sendiri, akhirnya tercapai jugak hasrat dihati..... Terima kasih banyak2 kat Leen kerana sudi mangajar. Walaupun dalam situasi yang agak kelam kalibut, aku tetap dapat menghabiskan kelas tersebut. Alkisahnya, sebelum aku tetapkan nak belajar kelas chocolate ni, aku dah register kat C.Siang, nak masuk kelas Wilton, nak dijadikan cerita, kedua-dua kelas berlangsung serentak (Sabtu), so apalagi, terpaksalah ubah plan, kelas chocolate dipercepatkan dari jam 9.00 pagi ke 8.00 pagi sebab nak bagi laluan kat kelas Wilton yang akan berlangsung kul 2.30 ptg. Bler aku dibuatnya.... kesian Leen.... terpaksa terima 'tetamu' diawal pagi. Lepas zuhur kelas chocolate abis, aku bergegas pulak ke Wilton Course, sampaikan makan tengahari hanya goreng pisang dengan air milo kotak je..... ishk.... tragisnya, gara-gara nak menuntut ilmu, terpaksa berkorban....... Tapi banyak perkara aku dapat hasil dari 'peristiwa' nie.... salah satunya aku dapat belajar jenis-jenis chocolate yang tulin dan sebaliknya.....

Mini Muffin Chocolate Chip




Mini Muffin Chocolate Chip

Project Aqilah (anak sulongku) sempena Hari Usahawan di SKTMR untuk kelas 5 Diamond. Sebanyak 120 biji mini muffin chocolate chip telah dibawa ke sekolah untuk dibungkus serta diedarkan kepada murid-murid yang telah menghantar pesanan awal sebelum ini.... Cayalah Aqilah... ikut jejak mama ke atau ayah ya...... kecik-kecik dah pandai meniaga... tapi aku buat lebih sikit untuk adik-adiknya yg lain termasuklah untuk mamanya hehehe... makin gemuklah aku lepas nie....

Wilton Course 1 (Hari Ketiga)



Inilah Hasil Kreatif Mendeco CupCake Yg Comei


Patung Badut Tengah Duduk Rehat Lepas Show....


Rainbow lagik..... tapi kali ni ada LOVE

Malam ni aku belajar buat deco kat atas cupcake pulak. Comei nya badut ni, hanya buat satu je untuk Amir, adik dia takyahlah, kecik lagi, nanti abih sememeh cream kat mulut n muka dia. Aku rasa deco kat cupcake lagi senang daripada deco kat atas kek besar.... satu-satunya problem aku ialah bab frosting kek, fail abis.... camne tak nak kasik dia licin macam kat kedai.... lagi lama aku duk frosting kek tu .... makin cair cream yg aku gunakan pergh...... at last, pada Kak Ct lah tempat aku rujuk..... Cayang kat akak, nanti Mona belanja makan cupcake ok hehehe.....

Wilton Course 1 (Hari Kedua)


Deco kek aku yang pertama... ahak.... rainbow lagi you.... oleh kerana kek tu hanya satu, so aku bubuh nama aku jelah... Terkial-kial dan tergigil-gigil tangan nak deco kek nie, sampai cream kat tangan cair dibuatnya. Walau bagaimana pun aku berjaya menyiapkan sebiji kek siap deco lagi..... Cayo..... Masa balik umah, ati berbunga-bunga sebab anak-anak masih tak tidur lagi termasuklah si kecik, tunggu mama nya pulang bawak kek.... hanya tengok je tau..., esok boleh bawak kat Taska, dah malam, tak leh makan benda manis-manis, nanti gigi rosak hehehe,..... pandainya mama dia kelentong.....

Wilton Course 1 (Hari Pertama)




Hari suai kenal dengan pelajar lain. Kelas berlangsung hari Sabtu petang (2.30) di C.Siang. Masing-masing dengan penuh semangat, duduk khusuk mendengar penerangan serta pengenalan asas pembuatan deco kek menggunakan barangan Wilton. Oleh kerana tools Wilton yang dibekalkan kepada setiap pelajar tidak mencukupi (stok tak sampai), aku terpaksa berkongsi dengan pelajar lain, tapi ari ni hanya ditunjukkan serba sedikit cara pembuatan buttercream dan deco kek oleh sifu (Pn. Norizan). Fuhhhh... macam senang je nak buat deco ni, tapi aku ni boleh ke nak mengkreatifkan deco kek ni.... macam tak jadi je.... tapi kerana minat serta semangat yg berkobar-kobar, aku teruskan jugak... nak tunjukkan pada hubby, aku pun boleh deco kek... Cantik tak kek ni......

Tuesday, November 17, 2009

WILTON COURSE 1


Bergambar kenangan bersama Pn Norizan serta pelajar kursus Wilton 1

Lega rasanya dapat abiskan course yg pertama, banyak betul pengalaman yg ku timba, maklum jelah bab deco kek ni, zero.... tapi bab buat bunga rose masih lagi tak menjadi...... Walau bagaimana pun terima kasih bebanyak kpd rakan2 dan Pn Norizan (Sifu) yg banyak membantu dari segi sokongan moral dan semangat.... cayalah.... semoga sukses dan jumpa lagi di Wilton course yg ke 2.....  Dalam banyak2 deco kek kat gambar tu, kek yg paling rendah tulah kek aku urgh..... baru belajar baking kek cmc dari Kak Ct, terbantut lah pulak kek ini...... Layan jelah, lagi pun aku dah dapat sijil.....