BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Wednesday, November 25, 2009

Wilton Course 2


Deco kek bakul yg sarat dgn bunga


Deretan deco kek bakul peserta kursus


Terima sijil Wilton Course 2 dari Sifu Pn Norizan


Bergambar kenangan dengan semua peserta Wilton Course 2

Dalam course kali ni, banyak jenis bunga yang aku belajar, serta teknik membuat royal icing dengan menggunakan barangan wilton. Oleh kerana tangan ni memang tak berseni, agak lambat jugak lah nak pick-up cara-cara untuk membuat bunga-bungaan terutama sekali bunga rose.....tapi memang berbaloi-baloi..... sekarang ni , aku dah boleh buat bunga royal icing sendiri, walaupun tak seberapa cantik dan kemas, tapi kira oklah...... balik dari kelas, terus tunjuk pada anak-anak n hubby hasil deconya.... fuh bangganya bila dapat pujian dari anak-anak, tapi hubby hanya senyum je.... Esok hari untuk 'katamkan' kek kat Taska Amir, kenyanglah bebudak n teacher taska, kwang3, memang tempat tu lah jadik sasaran aku utk bab-bab rasa selain dari budak-budak opis, jangan salah mak ya kalau gemuk.......

Wilton Course 1 (Hari Ketiga)



Inilah Hasil Kreatif Mendeco CupCake Yg Comei


Patung Badut Tengah Duduk Rehat Lepas Show....


Rainbow lagik..... tapi kali ni ada LOVE

Malam ni aku belajar buat deco kat atas cupcake pulak. Comei nya badut ni, hanya buat satu je untuk Amir, adik dia takyahlah, kecik lagi, nanti abih sememeh cream kat mulut n muka dia. Aku rasa deco kat cupcake lagi senang daripada deco kat atas kek besar.... satu-satunya problem aku ialah bab frosting kek, fail abis.... camne tak nak kasik dia licin macam kat kedai.... lagi lama aku duk frosting kek tu .... makin cair cream yg aku gunakan pergh...... at last, pada Kak Ct lah tempat aku rujuk..... Cayang kat akak, nanti Mona belanja makan cupcake ok hehehe.....

Wilton Course 1 (Hari Kedua)


Deco kek aku yang pertama... ahak.... rainbow lagi you.... oleh kerana kek tu hanya satu, so aku bubuh nama aku jelah... Terkial-kial dan tergigil-gigil tangan nak deco kek nie, sampai cream kat tangan cair dibuatnya. Walau bagaimana pun aku berjaya menyiapkan sebiji kek siap deco lagi..... Cayo..... Masa balik umah, ati berbunga-bunga sebab anak-anak masih tak tidur lagi termasuklah si kecik, tunggu mama nya pulang bawak kek.... hanya tengok je tau..., esok boleh bawak kat Taska, dah malam, tak leh makan benda manis-manis, nanti gigi rosak hehehe,..... pandainya mama dia kelentong.....

Wilton Course 1 (Hari Pertama)




Hari suai kenal dengan pelajar lain. Kelas berlangsung hari Sabtu petang (2.30) di C.Siang. Masing-masing dengan penuh semangat, duduk khusuk mendengar penerangan serta pengenalan asas pembuatan deco kek menggunakan barangan Wilton. Oleh kerana tools Wilton yang dibekalkan kepada setiap pelajar tidak mencukupi (stok tak sampai), aku terpaksa berkongsi dengan pelajar lain, tapi ari ni hanya ditunjukkan serba sedikit cara pembuatan buttercream dan deco kek oleh sifu (Pn. Norizan). Fuhhhh... macam senang je nak buat deco ni, tapi aku ni boleh ke nak mengkreatifkan deco kek ni.... macam tak jadi je.... tapi kerana minat serta semangat yg berkobar-kobar, aku teruskan jugak... nak tunjukkan pada hubby, aku pun boleh deco kek... Cantik tak kek ni......

Tuesday, November 17, 2009

WILTON COURSE 1


Bergambar kenangan bersama Pn Norizan serta pelajar kursus Wilton 1

Lega rasanya dapat abiskan course yg pertama, banyak betul pengalaman yg ku timba, maklum jelah bab deco kek ni, zero.... tapi bab buat bunga rose masih lagi tak menjadi...... Walau bagaimana pun terima kasih bebanyak kpd rakan2 dan Pn Norizan (Sifu) yg banyak membantu dari segi sokongan moral dan semangat.... cayalah.... semoga sukses dan jumpa lagi di Wilton course yg ke 2.....  Dalam banyak2 deco kek kat gambar tu, kek yg paling rendah tulah kek aku urgh..... baru belajar baking kek cmc dari Kak Ct, terbantut lah pulak kek ini...... Layan jelah, lagi pun aku dah dapat sijil.....

Wednesday, August 26, 2009

Kursus Clerical Development di Kuala Lumpur

Gambar Kenangan Semua Peserta
Kul 11.30 aku dah cau dari office balik umah kemas barang2 yg nak dibawa... hehehe... kalau ikutkan ati memang malas nak gi tapi kena jugaklah sebab nak cukupkan kuota. Lagi pun aku pegi ngan member project office (berdua). Flight kul 3.15 ptg, tapi singgah balik kat opis sebab mintak tolong teman sekerja antarkan kat Senai Airport. Sampai je kat KLIA, mata 'menonong' cari tempat tiket utk transit ke KL Central & seterusnya ke Royal Bintang Hotel. Fuh penat gila.... Makan malam kat McD & mlm tak keluar langsung sebab masing2 kepenatan. Gambar kenangan semasa menghadiri kursus Clerical Development selama 2 hari di KL. First time bersua muka dengan staff dari jabatan lain walaupun satu bumbung. Ada yang datang dari Penang, Perak, Johor (akulah) & KL.... Memang seronok tengok telatah semua peserta kursus sebab memang diadakan secara santai. Rata2 cakap course ni memang best, tak tension dan masing2 bebas bagi idea. Paling2 aku suka sekali makanan dia fuh.... best..... manelah aku tak gemuk iskh.... Masa kat sana, aku kena serang dek selsema tapi tak demam, kira ok lagilah..... coz selera makan ok je hehehe.... Apa2 pun aku enjoy & happy, walaupun penat sebab balik je dari KL aku ada 2 hari lagi kursus kat Johor under REHDA