BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 4, 2009

Order dari teman sepejabat


Panas...panas....baru angkat dari oven....
 

Mini Muffin Chocolate Chip

Cantiknya Si Ezza menyusun tempahan.....
 

Muffin Hantaran, Kek Coklat Kukus, Kek Pisang
& Mini Muffin Chocolate Chip
 

Muffin dan Kek Pisang yang dah siap dipacking

Inilah antara order yang ku terima dari teman sepejabat untuk dibawa pulang ke kampung selain dari dijadikan sebagai cenderahati kepada sanak dan saudara sempena hari raya korban yang lalu.... Penat... tak usah dicakap, tapi hati rasa puas kerana akhirnya dapat jugak aku siapkan semua order walaupun terpaksa korbankan waktu tidur...... Aku tak keseorangan masa nak siapkan order ni.... anak-anak terasa teruja bila aku mula membaking.... rajin sungguh anak2 mama ni, dari mula aku membancuh adunan hinggalah ke packing... habuannya... esok, mama belanja makan McD....




Mini Muffin Chocolate Chip


Mini Muffin Chocolate Chip utk hantaran




Mini Muffin Hantaran siap pek untuk dihantar

Terima tempahan dari rakan sekerja (Elly) untuk dijadikan hantaran sempena majlis pertunangan sepupu beliau di Parit Raja, Johor. Terima kasih banyak2 ya Elly, sebab tak putus2 order ngan akak, nanti akak bagi satu suprise present untuk Elly ok.... Elly juga ada order mini muffin chocolate chip sebanyak 30 biji untuk di bawa balik sebagai buah tangan untuk dijamu sedara-mara di sana....

Wednesday, December 2, 2009

Kek Pisang


Kek baru keluar oven




Kek Pisang

Pn Rozita (MRSB) order 4 biji kek pisang siap dipotong dua and packing untuk dihadiahkan kepada adik beradik beliau sempena hari raya korban yang lalu. beliau juga menempah 60 biji mini muffin chocolate chip. Muai betul...... Semua order ni aku kena siapkan dan serahkan pada hari khamis, sehari sebelum raya, terpaksa korbankan masa tidurku.... jam 3.00pg baru boleh lelapkan mata zzzzzzzzzzz

Kek Coklat Kukus


Kek Coklat Kukus, Topping Coklat Ganache & Coklat Rice


Kek Coklat Kukus yang dah siap untuk di packing

Terima tempahan dari rakan sekerja untuk dibawa balik ke kampung sebagai juadah di pagi hari raya korban. Buat 2 adunan, satu utk aku bawa balik untuk ibu mertuaku. Tapi nak dijadikan cerita, kelab kalibut punya pasal masa nak berkemas balik kampung di Kota, kek yang ku simpan di dalam peti sejuk terlupa nak dibawa. Agaknya dah rezeki bebudak opis and taska, kenyang diorang makan. So layan jelah gambar ni zazzzzz....

Anniversary Idah MRSB


cmc with steam buttercream



Comeinya pasangan ni.... macam merpati dua sejoli...



1kg cmc anniversary Ida's

Hadiah istimewa buat teman sepejabat yang pendiam tapi tegas serta berdedikasi gitu.... Jangan mare Idah... Beliau menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yg jatuh pada 26 Nov yg lalu. Ini lah kek steam buttercream aku yg pertama tanpa pertolongan sesiapa. Argh... kureng sikit kelicinannya.... tapi rasa tetap maintain.... Sang suami punya teruja bila dikhabarkan tentang kehadiran kek ni... tak terfikir gambar perkahwinan mereka akan dirakam serta dilekatkan di atas kek... iskh.... Rasanya kena berguru jugaklah aku ni utk menajamkan lagi skill menyeteam kek supaya lebih vogue gitu... Apa-apa pun layan jelah gambar ni......

Birthday Cake Mei Mei


2.5kg Chocolate Moist Cake



Besday Cake for Mei Mei


Comeinya Mei Mei masa umur 1 tahun

Kek nie aku mula deco lepas balik dari main bowling di Skudai Parade.... Nasib baik kek nie simple je, tapi dekat kul 2.30pg baru abis buat... Order dari Boss aku (Pn Rozita) utk anak perempuan kesayangannya. Beliau mintak kek cmc dan topping ganache chocolate. Gambar Anim atau nama manjanya Mei Mei (bapaknya cina), diambil masa beliau berumur setahun. Montel sungguh si kecik ni, tapi bila dah besar (9 tahun) muka tak berubah, just badan je besar tinggi. Auntie Mona doakan agar Mei Mei dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta menjadi anak yang solehah Aminnnn....

Bowling....



Bergambar selepas tamat pertandingan dengan peserta serta anak2

Pada 24 Nov yg lalu, berlangsung pertandingan bowling sempena majlis hari keluarga Mutiara Rini 2009 di Skudai Parade jam 8.30 mlm. Pertandingan melibatkan semua presint (Utama, Jasa, Pangsapuri Jasa, Bakti dan Bakti Utama). Meriah dan seronok sepanjang pertandingan bermula, terutamanya anak2 yang turut hadir..., lepas penat membaling bola, ada juga yg masih stay walaupun jam dah pukul 10.30 mlm utk berkaraoke... saje nak ngetest suara yg serak-serak basah... jam 11.30 mlm baru sampai rumah... Lepas ni, kaum ibu bolehlah meneruskan sukan bowling sebagai salah satu aktiviti riadah bersama keluarga.... Cayalah semua... Presint Jasa mendapat tempat ketiga acara wanita keseluruhan... Chayo3....