BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 16, 2010

Kelas Roti

 



  
Kelas buat aneka jenis roti

Dah lama bebenor nak attend kelas roti ni, akhirnya dapat jugak pegi walaupun tempat tu aku tak pernah jejak.. hehehe... alah bukannya jauh sangat, kat Kulai je.. dengan ditemani 2 rakan yg barulah jugak kenal tapi dah macam lebih 10 tahun berkawan, aku sampai jugak di tempat yg dituju.... Besttttt.... lepas kelas dapat bawak balik seorang seplastik besar roti yg beraneka bentuk dan rasa. Fuhhh jenoh gak nak abiskan sampai dapat bagi kat kengkawan opis, bebudak kat taska n jiran sebelah menyebelah....

Wedding Cake Elly

 
 Wedding Cake for Elly..

Sorry lah Elly, akak terlambat nak updatekan gambar wedding kek ni dalam blog coz sibuk yg sengaja dicari hehehe.... Elly pun dah takde kat sini (JB) dah transfer ke KL n dah duk serumah ngan hubby tercinta... sian Elly, terpaksa tunggu hampir setahun utk bersama gara2 kerja... tapi pengorbananmu tak sia2 dik.... dengar cita dah mula buat bisnes kecil-kecilan, sebab nak release tension hehehe... syabas inspektor sahab, moga berjaya....

Cheese Cake


 
Cheese kek yg baru keluar oven dan belum topping

 
 Cheese kek yg dah siap, tengah tunggu nak dimakan...

Dah lama benar aku tak update blog gara2 sibuk dengan urusan kerja di pejabat dan kelas malam.... Kelas cheese kek ni aku attend pada bulan Feb 2010 yg lalu di Sweet Ummi Bakery di Tmn Bkt Indah 2. Seronok dapat belajar benda yg dah lama aku idamkan.... nyum3... tak sabar2 nak balik n potong cheese kek ni... nak buat sendiri emmmm... tah ye... hehehe....However... thanks a lot to sifu.... So layan ya......

Marble Cake


Strawberry & Chocolate Marble Cake

Mak Long dr Taman Melor, order 2 biji kek marble utk dijadikan hidangan pada para tetamu sempena majlis doa selamat di kampung Negeri Sembilan. First time buat kek nie, bila masak je... anak2 dah mengadap suruh potong... ergh... mana boleh, ini orang punya, nanti mama buatkan yg lain ye... sabar anak2....





Friday, December 4, 2009

Order dari teman sepejabat


Panas...panas....baru angkat dari oven....
 

Mini Muffin Chocolate Chip

Cantiknya Si Ezza menyusun tempahan.....
 

Muffin Hantaran, Kek Coklat Kukus, Kek Pisang
& Mini Muffin Chocolate Chip
 

Muffin dan Kek Pisang yang dah siap dipacking

Inilah antara order yang ku terima dari teman sepejabat untuk dibawa pulang ke kampung selain dari dijadikan sebagai cenderahati kepada sanak dan saudara sempena hari raya korban yang lalu.... Penat... tak usah dicakap, tapi hati rasa puas kerana akhirnya dapat jugak aku siapkan semua order walaupun terpaksa korbankan waktu tidur...... Aku tak keseorangan masa nak siapkan order ni.... anak-anak terasa teruja bila aku mula membaking.... rajin sungguh anak2 mama ni, dari mula aku membancuh adunan hinggalah ke packing... habuannya... esok, mama belanja makan McD....




Mini Muffin Chocolate Chip


Mini Muffin Chocolate Chip utk hantaran




Mini Muffin Hantaran siap pek untuk dihantar

Terima tempahan dari rakan sekerja (Elly) untuk dijadikan hantaran sempena majlis pertunangan sepupu beliau di Parit Raja, Johor. Terima kasih banyak2 ya Elly, sebab tak putus2 order ngan akak, nanti akak bagi satu suprise present untuk Elly ok.... Elly juga ada order mini muffin chocolate chip sebanyak 30 biji untuk di bawa balik sebagai buah tangan untuk dijamu sedara-mara di sana....

Wednesday, December 2, 2009

Kek Pisang


Kek baru keluar oven




Kek Pisang

Pn Rozita (MRSB) order 4 biji kek pisang siap dipotong dua and packing untuk dihadiahkan kepada adik beradik beliau sempena hari raya korban yang lalu. beliau juga menempah 60 biji mini muffin chocolate chip. Muai betul...... Semua order ni aku kena siapkan dan serahkan pada hari khamis, sehari sebelum raya, terpaksa korbankan masa tidurku.... jam 3.00pg baru boleh lelapkan mata zzzzzzzzzzz