"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Aina Karmila, Allah selamatkan kamu......" Semoga dipanjang umur serta menjadi anak yang solehah serta berjaya dalam hidup..... Hari Jadi Aina anak kepada Teacher Nor sebenarnya jatuh pada hari Ahad, tapi sebab ada majlis pada hari sebelumnya (Sabtu) so disambut awal sehari.... so para hadirin (mak bapak) pun dapatlah rasa....Thanks Teacher Nor, lain kali boleh order lagi
Wednesday, November 25, 2009
Bitrhday Cake for Aina
"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Aina Karmila, Allah selamatkan kamu......" Semoga dipanjang umur serta menjadi anak yang solehah serta berjaya dalam hidup..... Hari Jadi Aina anak kepada Teacher Nor sebenarnya jatuh pada hari Ahad, tapi sebab ada majlis pada hari sebelumnya (Sabtu) so disambut awal sehari.... so para hadirin (mak bapak) pun dapatlah rasa....Thanks Teacher Nor, lain kali boleh order lagi
Posted by amoza at 3:35 PM 0 comments
Labels: Birthday Cake, cmc
Brownies
Terima tempahan brownies 3 papan daripada Teacher Noorazimah (Pengurus Tadika Mutiara Afdhal) sempena majlis konvo tadika anak bujangku Amir di UTM Sabtu lalu (21/11/2009), Majlis berlangsung dengan meriahnya dengan penyampaian sijil, hadiah sukaneka serta persembahan dari anak-anak taska yang kiut-miut..... hanya 2 papan je dihidangkan semasa jamuan, sepapan lagi Kak Nor bawak balik untuk keluarga kat rumahnya.
Posted by amoza at 3:09 PM 0 comments
Labels: Brownies
Wedding Cake Rosaini
Kek deco pertamaku untuk majlis persandingan teman karib yang baru melangsungkan perkahwinannya Ahad lepas. Aku teruja nak buat sendiri deco kek untuk dijadikan hadiah perkahwinannya. Tapi aku dibantu oleh Sifu (Kak Ct) untuk steam buttercream serta idea untuk decoration kek nie.... Dalam hujan, kuredah jua demi untuk menyiapkannya. Cayo3... dapat jugak aku merealisasikan impian aku serta teman (Rose) untuk membuat wedding cake. Walaupun terpaksa korbankan sedikit duit, masa dan cuti tapi berbaloi-baloi. Rasa megah dan terharu masa menghadiri majlis beliau di Batu Pahat. Mana taknye, kek yang ku deco bakal ditonton serta dijamah oleh tetamu rapat yang hadir.... muah caya sekali lagi pada Kak Ct, Nanti Mona buatkan kek 3 tingkat untuk akak ya... siap ada gambar lagik hehehe..... so layan jelah gambar-gambar ni...zazzzzz
Posted by amoza at 2:57 PM 0 comments
Labels: Cupcake, Kek, Wedding Cake
Mini MuffinChocolate Chip Again
Terima tempahan dari Cikgu Shima, guru SKTMRuntuk majlis persandingan anak saudara sebanyak 120 biji, Idah n Salwa (teman sekerja yg brutal) 10 biji setiap seorang 30 biji untuk Taska Amir, 10 biji untuk Ezza n 10 biji lagi untuk Aqilah
Posted by amoza at 11:59 AM 0 comments
Labels: Muffin
Wilton Course 2
Dalam course kali ni, banyak jenis bunga yang aku belajar, serta teknik membuat royal icing dengan menggunakan barangan wilton. Oleh kerana tangan ni memang tak berseni, agak lambat jugak lah nak pick-up cara-cara untuk membuat bunga-bungaan terutama sekali bunga rose.....tapi memang berbaloi-baloi..... sekarang ni , aku dah boleh buat bunga royal icing sendiri, walaupun tak seberapa cantik dan kemas, tapi kira oklah...... balik dari kelas, terus tunjuk pada anak-anak n hubby hasil deconya.... fuh bangganya bila dapat pujian dari anak-anak, tapi hubby hanya senyum je.... Esok hari untuk 'katamkan' kek kat Taska Amir, kenyanglah bebudak n teacher taska, kwang3, memang tempat tu lah jadik sasaran aku utk bab-bab rasa selain dari budak-budak opis, jangan salah mak ya kalau gemuk.......
Posted by amoza at 11:50 AM 0 comments
Labels: Kursus
Almond Shortbread Cookies
Terima tempahan dari rakan baik setaman yang akan terbang ke Arab untuk menziarahi anakanda tercinta yang sedang belajar di sana.... Kak Intan menempah 4 jenis biskut raya (Almond Shortbread, Almond London, Blueberry Tart & Red Mushroom). Fuhyo.... biskut-biskutku dah ke negeri Pak Arab lah..... aku bila lagik..... nanti pasti ada rezeki aku akan jejakkan kaki ke sana......
Posted by amoza at 11:33 AM 0 comments
Labels: Biskut
Majlis Jamuan Akhir Tahun Aqilah n Ezza
Hujung minggu ni aku betul-betul sibuk dengan order dari anak daraku yang dua orang nie. Mentang-mentanglah mamanya dah boleh buat kek,.... Tapi yang pasti setiap kali abis deco, tak kiralah cupcake ataupun kek, aku mintak cik hubby beri komen.... ahak..... ni statementnya 'nape awak punya frosting lain macam je yang.... so far yang lain kira oklah, cupcake ni ada lebih ke?.... takkan lah suruh tengok je, kurang-kurang kene rasa jugak......' Apa-apa pun aku berjayaaaaaa siapkan kek ni......, rupa kureng, tapi rasa tetap maintainnnn... Cayo2......
Posted by amoza at 11:24 AM 0 comments
Cupcake oh cupcake......
Aku volunteer nak tolong Kak Ct untuk siapkan order cupcake sebanyak 3600 biji untuk majlis perkahwinan customer barunya.... Apply 2 hari cuti.... punyalah terujanya..... aku dibantu 2 lagi kawan merangkap student Kak Ct yang peramah lagi brutal..... Awal pagi, aku terima call dari Kak Ct, berita sedih disampaikan, bapa mertua tercinta telah menyahut seruan ilahi.... Kak Ct bingung, tak tahu nak buat camne..... dia terpaksa subkan 1000 cupcake kepada rakannya..... Tapi kerana simpati bercampur semangat nak deco cupcake aku terus ke rumaknya jam 8.30 pg.. pergh..... banyaknya cupcake...... Kak Ct, balik kampung ziarah, tinggallah kita 3 org kat umah dia utk siapkan cupcake yg ada..... tapi Kak ct ada masakkan soto utk makan tengahari... so ari tu buat macam umah sendiri lah...janji ngan hubby nak balik kul 5, tapi gara-gara target cupcake yang nak disiapkan masih banyak, kul 6.15ptg baru kitaorang blah.... sambung esok pagi...... Hari kedua, cukup menguji kesabaranku..... seharian duk frosting cupcake.... macam nak termuntahlah pulak, sampaikan biji mata jadi bler sekejap...... tapi dapat jugak siapkan 2000 biji cupcake, yg lain Kak Ct buat ngan anak-anaknya.....
Posted by amoza at 11:08 AM 0 comments
Labels: Cupcake
Kelas Asas Membuat Chocolate
Posted by amoza at 10:48 AM 0 comments
Mini Muffin Chocolate Chip
Posted by amoza at 10:31 AM 0 comments
Labels: Muffin
Wilton Course 1 (Hari Ketiga)
Posted by amoza at 10:20 AM 0 comments
Labels: Kursus
Wilton Course 1 (Hari Kedua)
Posted by amoza at 10:00 AM 0 comments
Labels: Kursus
Wilton Course 1 (Hari Pertama)
Posted by amoza at 9:50 AM 0 comments
Labels: Kursus
Tuesday, November 17, 2009
WILTON COURSE 1
Lega rasanya dapat abiskan course yg pertama, banyak betul pengalaman yg ku timba, maklum jelah bab deco kek ni, zero.... tapi bab buat bunga rose masih lagi tak menjadi...... Walau bagaimana pun terima kasih bebanyak kpd rakan2 dan Pn Norizan (Sifu) yg banyak membantu dari segi sokongan moral dan semangat.... cayalah.... semoga sukses dan jumpa lagi di Wilton course yg ke 2..... Dalam banyak2 deco kek kat gambar tu, kek yg paling rendah tulah kek aku urgh..... baru belajar baking kek cmc dari Kak Ct, terbantut lah pulak kek ini...... Layan jelah, lagi pun aku dah dapat sijil.....
Posted by amoza at 9:51 AM 0 comments
Labels: Kursus