BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 28, 2009

Tauhu Bebola Ayam Kukus

Menu ni aku selongkar kat daput Mat Gebu.... Sekali pandang terus teruja n terliur dibuatnya. Waktu tengahari, keluar jap pi Jusco cari bahan2 nak masak menu ni... Tapi aku punye bebola ayam tak mengancamlah macam yg Mat punya... pucat semacam je... Cik Mat guna ape ye sampai dia jadik cam keorenan???.... Masa nak buat benda ni, menguji betul kesabaranku... mane taknye... masa nak korek tauhu tu mashaallah... punyelah susah sebab lembek bebenor.... masa hidang kat meja makan, hubby tanya ape ke bende tu... lain macam je gupa dia.... iskh... sedih tau, penat lelah aku buat n belum rasa, dia dah bagi komen... tak patut betol lah.... apa2 pun Cik Mat aku mintak izin kopipes resepi lah ya.....

BAHAN-BAHANNYA :-)


2 tiub tahu lembut (atau 3 keping tauhu putih biasa)
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh serbuk lada hitam
Beberapa titik minyak bijan

BAHAN-BAHAN "A" :-)

100 g daging ayam kisar (mat guna jenama "ramly")
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus2
2 camca besar tepung jagung
Sedikit garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA :-)


Tauhu dipotong kepada 12 bahagian sama besar (kalau guna tauhu biasa, guna 3 ketul dan potong 4 bahagian bagi setiap 1 keping tauhu). Kemudian korek sedikit bahagian tengah tauhu tadi dengan alat pengorek seperti dalam gambar. Jangan korek dalam sangat, anggaran 1/3 bahagian sahaja, buat hingga siap dan ketepikan (berhati2 semasa mengorek, takut pecah). Sementara itu panaskan kukusan.

Satukan semua bahan2 "A" (boleh campur sekali lebihan tauhu yang kita korek tadi) dan kacau hingga sebati, terus mengacau pada satu arah sahaja sehingga mendapat adunan yang pejal. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian dan bulat2kan menjadi bebola. Isi dalam setiap tauhu tadi. Kukus atas air mendidih selama 10 - 12 minit.

Angkat bekas yang berisi tauhu tadi dan perlahan2 ceduk keluar stok (air) yang terhasil semasa mengukus tadi. Masukkan stok ke dalam periuk kecil dan satukan sos tiram, minyak bijan dan lada hitam serbuk, didihkan dengan api perlahan dan kacau sehingga pekat. Tuang sos tadi atas tauhu kukus berisi bebola ayam sebelum dihidangkan......

CATATAN MAT GEBU :- Selepas berbuka tadi mat makan resipi yang mat buat ni, pada tekak ku ini lah kan, daging ayam tu rasa agak "kurang", disyorkan guna daging ayam segar kemudian cincang halus (yg tu jenis kisar, jadi bila makan rasa terlampau "halus"). Dan perlu tambah sedikit garam dalam cara membuat "no. 3", secara keseluruhan tidak mengecewakan ...sekian wassalam...

0 comments: