BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 28, 2009

Rojak Tepung

Bulan2 pose ni macam2 benda yg aku teringin nak makan. Kali ni aku selongkar lak dapur mak buyung Hana yg nun jauh kat Jepong.... Boleh tahan gak rasanye... macam ala2 rojak mamak... tapi rojak yg aku buat ni kekurangan sikit bahannya.... takde daun salad, tapi kira ok lah juga, muai betol, sampaikan boleh kasik kat jiran sebelah umah lagi...
Sorry Hana, akak mintak izin kopipes resepi ya......
Bahan-bahan


UTK KUAH
10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
40g kacang tanah - goreng n blend
40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)
*segenggam udang kering
*sebiji bawang besar
*5 biji bwg merah
*3 ulas bwg putih
gula melaka
air secukupnyer - dlm 6-7cwn
garam
gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)

UTK TEPUNG ROJAK
2 cwn tepung gandum
satu sudu makan rata yis
3 sudu gula
garam
air
pewarna kuning - optional
myk utk deep fry

BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
timun - hiris
tauhu - goreng n hiris
tempe goreng - hiris
sengkuang - hiris
salad lettuce - hiris
kangkung celur (otional)
taugeh celur (jika suka
telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee

Cara-cara

UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer! bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!

UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok, perap adunan selama 1 jam.
panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.

CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)

Tauhu Bebola Ayam Kukus

Menu ni aku selongkar kat daput Mat Gebu.... Sekali pandang terus teruja n terliur dibuatnya. Waktu tengahari, keluar jap pi Jusco cari bahan2 nak masak menu ni... Tapi aku punye bebola ayam tak mengancamlah macam yg Mat punya... pucat semacam je... Cik Mat guna ape ye sampai dia jadik cam keorenan???.... Masa nak buat benda ni, menguji betul kesabaranku... mane taknye... masa nak korek tauhu tu mashaallah... punyelah susah sebab lembek bebenor.... masa hidang kat meja makan, hubby tanya ape ke bende tu... lain macam je gupa dia.... iskh... sedih tau, penat lelah aku buat n belum rasa, dia dah bagi komen... tak patut betol lah.... apa2 pun Cik Mat aku mintak izin kopipes resepi lah ya.....

BAHAN-BAHANNYA :-)


2 tiub tahu lembut (atau 3 keping tauhu putih biasa)
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh serbuk lada hitam
Beberapa titik minyak bijan

BAHAN-BAHAN "A" :-)

100 g daging ayam kisar (mat guna jenama "ramly")
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus2
2 camca besar tepung jagung
Sedikit garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA :-)


Tauhu dipotong kepada 12 bahagian sama besar (kalau guna tauhu biasa, guna 3 ketul dan potong 4 bahagian bagi setiap 1 keping tauhu). Kemudian korek sedikit bahagian tengah tauhu tadi dengan alat pengorek seperti dalam gambar. Jangan korek dalam sangat, anggaran 1/3 bahagian sahaja, buat hingga siap dan ketepikan (berhati2 semasa mengorek, takut pecah). Sementara itu panaskan kukusan.

Satukan semua bahan2 "A" (boleh campur sekali lebihan tauhu yang kita korek tadi) dan kacau hingga sebati, terus mengacau pada satu arah sahaja sehingga mendapat adunan yang pejal. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian dan bulat2kan menjadi bebola. Isi dalam setiap tauhu tadi. Kukus atas air mendidih selama 10 - 12 minit.

Angkat bekas yang berisi tauhu tadi dan perlahan2 ceduk keluar stok (air) yang terhasil semasa mengukus tadi. Masukkan stok ke dalam periuk kecil dan satukan sos tiram, minyak bijan dan lada hitam serbuk, didihkan dengan api perlahan dan kacau sehingga pekat. Tuang sos tadi atas tauhu kukus berisi bebola ayam sebelum dihidangkan......

CATATAN MAT GEBU :- Selepas berbuka tadi mat makan resipi yang mat buat ni, pada tekak ku ini lah kan, daging ayam tu rasa agak "kurang", disyorkan guna daging ayam segar kemudian cincang halus (yg tu jenis kisar, jadi bila makan rasa terlampau "halus"). Dan perlu tambah sedikit garam dalam cara membuat "no. 3", secara keseluruhan tidak mengecewakan ...sekian wassalam...

Ayam Panggang Berempah

Menu berbuka pose ari kedua, sorrylah tak sempat nak ambil gambar lepas dipanggang sebab dah kene ngap dek hubby n anak2. Tengok dalam kuali tempat panggang lah gamaknye ya.... rasanye memang sedap, sebelum ni pernah buat, tapi jenis goreng, hubby kata yang panggang lagi best, so layan.....

Ayam Panggang Berempah.

Bahan2nya:
6 ketul kepak ayam
10 batang cili kering *
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci kunyit basah *
2 batang serai *
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
Sedikit rempah daging adabi
Sedikit garam

Cara2nya:
- Blender bahan bertanda * dan campurkan semua bahan dengan kepak ayam, gaul hingga sebati
- Peram ayam selama 1 jam, biar rempahnya betul2 mesra (perap semalaman lagi sedap)
- Panggang dalam kuali non stick dan tutup, masak selama 25 minit atau sehingga kepak ayam betul2 masak sambil dibalik2kan (boleh gunakan microwave @ oven)

Thursday, August 27, 2009

Singgang ikan merah


Dah lama bebenor aku tak kemas rumah yg satu nie.... apa boleh buat... kebizian melanda sepanjang bulan Ogos ni... Masa tulah sibuk ngan course sane sini & anak2 yg kurang sihat. Dah lama nak n3 lauk ni, alahai bukannye apa sesangat...menu sahur ari pertama pose... tak tau nak masak ape sebenornye.... pulak tu baru baik dari selesema, so layan je lah....

Singgang Ikan Merah

Bahan2nya:
Ikan Merah  (aku buat 2 ketoi je)
1 batang serai - ketok
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *
Kunyit basah *
6 biji cili padi - hiris
Air asam jawa

Cara2nya:
Tumbuk semua bahan *, panaskan periuk dengan sedikit minyak. Tumis bahan * dgn cili padi hingga terbit bau, masukkan air asam jawa, serai, ikan & garam.
Taraaa.... dah pun siap lauk 'orang sakit'... hehehe... Sempoi je masak ni... tapi laku....

Lala-lala goreng berlada...

Buka pose ari pertama kat umah mak mertuaku kat Kota Tinggi.... Hubby balik keje bawak lala-lala suruh aku masak untuk bawak balik umah maknye...lah..., dari awal2 tak cakap nak balik kampung. Dari pagi aku dok tanya dia jadik tak balik... sebab biasalah orang ada anak kecik... macam2 nak prepare, tambah2 bln pose nie.... dahlah tu kul 3 baru cakap.... aku apelagi macam orang gila le gamaknye kat dapur siapkan lauk tu.... dia sengeh je..... yg paling geram tu dia kata lepas buka kene balik coz esok (Ahad) dia kene keje... Adoi.... sabor jelah bulan2 pose ni.... ikut je rentak dia, nanti kang ngajuk pulak... Resepi ni aku agak2 jelah ya...sebab main campak2 je, nak cepat.

Lala-lala goreng berlada

Bahan2nya:
lala-lala
lada kering*
bawang merah*
bawang putih*
halia*
serai*
sos tiram

Cara2nya:
Blender semua bahan *, panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan * hingga terbit bau. Masukkan sedikit sos tiram & lala-lala, kacau rata, tutup sebentar, biar hingga lala-lala masak, angkat dan hidang...

Wednesday, August 26, 2009

Kursus Clerical Development di Kuala Lumpur

Gambar Kenangan Semua Peserta
Kul 11.30 aku dah cau dari office balik umah kemas barang2 yg nak dibawa... hehehe... kalau ikutkan ati memang malas nak gi tapi kena jugaklah sebab nak cukupkan kuota. Lagi pun aku pegi ngan member project office (berdua). Flight kul 3.15 ptg, tapi singgah balik kat opis sebab mintak tolong teman sekerja antarkan kat Senai Airport. Sampai je kat KLIA, mata 'menonong' cari tempat tiket utk transit ke KL Central & seterusnya ke Royal Bintang Hotel. Fuh penat gila.... Makan malam kat McD & mlm tak keluar langsung sebab masing2 kepenatan. Gambar kenangan semasa menghadiri kursus Clerical Development selama 2 hari di KL. First time bersua muka dengan staff dari jabatan lain walaupun satu bumbung. Ada yang datang dari Penang, Perak, Johor (akulah) & KL.... Memang seronok tengok telatah semua peserta kursus sebab memang diadakan secara santai. Rata2 cakap course ni memang best, tak tension dan masing2 bebas bagi idea. Paling2 aku suka sekali makanan dia fuh.... best..... manelah aku tak gemuk iskh.... Masa kat sana, aku kena serang dek selsema tapi tak demam, kira ok lagilah..... coz selera makan ok je hehehe.... Apa2 pun aku enjoy & happy, walaupun penat sebab balik je dari KL aku ada 2 hari lagi kursus kat Johor under REHDA